Thursday 20 February 2014

ISI KANDUNGAN FAIL KUASA PSS


PERINCIAN ISI KANDUNGAN DALAM FAIL KUASA PSS

Bab 1 : Pengenalan Kepada Fail Kuasa Pusat Sumber Sekolah
1.1 Pendahuluan
1.2 Tujuan
1.3 Isi kandungan
1.4 Prosedur pindaan
Bab 2 : Maklumat Pusat Sumber Sekolah
2.1 Sejarah Penubuhan PSS
2.2 Lokasi PSS (pelan)
2.3 Visi PSS
2.4 Misi PSS
2.5 Piagam PSS
2.6 Matlamat PSS
2.7 Objektif PSS
2.8 Fungsi & peranan PSS
Bab 3 : Jawatankuasa Pentadbiran Pusat Sumber Sekolah
3.1 Jawatankuasa Induk PSS:-
(a) struktur organisasi
(b) senarai tugas
3.2 Jawatankuasa Kerja PSS:-
(a) struktur organisasi
(b) senarai tugas
Bab 4 : Pengawas Pusat Sumber Sekolah
4.1 Badan Pengawas PSS (struktur organisasi)
4.2 Prosedur pemilihan Pengawas PSS:-
(a) kriteria pemilihan
(b) pakaian seragam
(c) kehadiran
(d) senarai tugas
(e) senarai semak
(f) borang kebenaran
(g) surat pelantikan
4.3 Sistem Merit Pengawas PSS
Bab 5 : Peraturan Pusat Sumber Sekolah
5.1 Peraturan Am
5.2 Peraturan Khusus
5.3 Peraturan Penggunaan Alat / Ruang (Bilik)
5.4 Peraturan Pinjaman dan Pemulangan Bahan / Alat
Bab 6 : Pengurusan & Pentadbiran Pusat Sumber Sekolah
6.1 Pengurusan Sistem Fail PSS
6.2 Rekod-rekod Penggunaan, Pinjaman & Pemulangan
6.3 Rancangan Tahunan PSS
6.4 Laporan PSS (bulanan & tahunan)
6.5 Manual Prosedur Kerja (MPK)
6.6 Fail Meja (FM)
6.7 Rancangan Pembangunan PSS
6.8 Dokumentasi
Bab 7 : Koleksi Bahan Pusat Sumber Sekolah
7.1 Dasar pemilihan buku dan bukan buku
7.2 Prosedur pemilihan koleksi buku dan bukan buku (jenis, nisbah, bahasa dan sebagainya)
7.3 Proses pemilihan dan pemerolehan bahan / alat
7.4 Pemeliharaan dan pemuliharaan koleksi PSS
Bab 8 : Kewangan Pusat Sumber Sekolah
8.1 Prosedur kewangan
8.2 Punca kewangan
8.3 Anggaran Perbelanjaan
8.4 Laporan Kewangan
Bab 9 : Organisasi Bahan Pusat Sumber Sekolah
9.1 Pengurusan bahan secara berpusat
9.2 Sistem Pengelasan
9.3 Proses Teknik
9.4 Pengkatalogan
9.5 Lokasi bahan
9.6 Penyusunan bahan
Bab 10 : Aktiviti Pusat Sumber Sekolah
10.1 Mesyuarat / Taklimat
10.2 Kursus / Bengkel
10.3 Pertandingan
10.4 Program Perkembangan Staf
10.5 Program Orientasi PSS
10.6 Lawatan
10.7 Gotong Royong
10.8 Pameran
10.9 Minggu PSS
10.10 Promosi PSS
10.11 Program Panitia Mata Pelajaran
10.12 Aktiviti Galak Guna PSS
Bab 11 : Stok dan Inventori Pusat Sumber Sekolah
11.1 Pengurusan Harta Modal (Kew 312)
11.2 Penyenggaraan Harta Modal (Kew 312A)
11.3 Daftar Inventori (Kew 313)
11.4 Daftar Bekalan Pejabat (Kew 314)
11.5 Rekod Perolehan Bahan Buku
11.6 Rekod Perolehan Bahan Bukan Buku
11.7 Rekod Perolehan Akhbar
11.8 Rekod Perolehan Majalah
11.9 Semakan stok (buku, bahan bukan buku, perabot dan peralatan)
11.10 Pelupusan
11.11 Hapuskira
11.12 Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori (Kew 315)
Bab 12 : Sirkulasi / Edaran Bahan Pusat Sumber Sekolah
12.1 Sistem sirkulasi
12.2 Keahlian
12.3 Pinjaman berkelompok
Bab 13 : Perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah
13.1 Jenis-jenis perkhidmatan:-
(a) Peminjaman buku
(b) Peminjaman buku rujukan
(c) Peminjaman berkelompok
(d) Peminjaman bahan bukan buku
(e) Peminjaman peralatan
(f) Peminjaman pihak luar
(g) Reprografi
(h) Koleksi soalan
(i) Rakam salin
(j) Sebaran maklumat
(k) Rekreasi
(l) Khidmat nasihat dan bimbingan
(m) Pameran
(n) Promosi dan sebagainya
13.2 Waktu perkhidmatan:-
(a) Satu masa khas setiap kelas
(b) Waktu rehat
(c) Waktu tengah hari
(d) Waktu petang
(e) Hari sabtu
(f) Cuti sekolah
(g) Jadual waktu Guru Perpustakaan & Media
Bab 14 : Automasi Pusat Sumber Sekolah
14.1 Sistem yang digunakan
14.2 Sistem keselamatan
14.3 Menu utama
14.4 (Output)
14.5 Prosedur memasukkan data
14.6 Alat Pembaca Label Kod Berpalang (Bar code)
14.7 Rangkaian (networking)
14.8 Carian maklumat
14.9 Laporan
Bab 15 : Program Bacaan (NILAM)
15.1 Konsep Program NILAM:-
(a) Latar belakang
(b) Rasional
(c) Asas pertimbangan
(d) Pendekatan
(e) Model program nilam
(f) Tahap program nilam (jauhari & rakan pembaca)
(g) Sistem ganjaran
15.2 Strategi pelaksanaan Program NILAM:-
(a) Pengenalan
(b) Pelaksanaan
(c) Bahan
(d) Peranan
(e) Pengumpulan data
(f) Contoh-contoh rekod bacaan
(g) Aktiviti NILAM – Bulan Membaca Kebangsaan (Julai), Hari Buku Sedunia (23 April), Hari Pusat Sumber Sekolah Antarabangsa (Hari Isnin minggu keempat bulan Oktober)

Monday 3 February 2014

SEJARAH PUSAT SUMBER DI MALAYSIA




Pusat Sumber Sekolah yang merupakan gedung ilmu mempunyai sejarah menarik dan panjang. 

Pusat Sumber Sekolah bermula dengan nama “khutub khanah”, yang diwujudkan oleh penjajah Inggeris sejak awal abad ke-19, hanya merupakan satu sudut buku dalam bilik darjah. Secara amnya keadaan khutub khanah di sekolah Inggeris adalah jauh lebih baik daripada Sekolah Aliran Melayu. Namun begitu tujuan utama “khutub khanah” bukanlah menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.
Apabila saiz koleksi buku di “khutub khanah” meningkat dan memerlukan ruang yang jauh lebih besar, nama “khutub khanah” didapati tidak lagi sesuai dan digantikan dengan “perpustakaan”. “Perpustakaan” pula lebih merupakan satu tempat di mana terdapat koleksi buku bagi memenuhi keperluan pembacaan di samping pembangunan pendidikan dan bahasa murid.

Perpustakaan sekolah mula diberi perhatian pada tahun 1960an setelah adanya cadangan-cadangan daripada Persatuan Perpustakaan Persekutuan Tanah Melayu (1962) dan penerbitan Manual Perpustakaan Sekolah (School Library Manual) yang disediakan oleh Puan Margaret Walker pada tahun 1964 untuk Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), antaranya:
Koleksi buku dan bahan diletakkan di sebuah bilik khas yang dipanggil “Perpustakaan Sekolah”.
Guru Perpustakaan diberi latihan pengurusan perpustakaan selama setahun di institusi yang diperakui.
Tiga jenis akhbar disediakan di perpustakaan sekolah setiap hari.
Nisbah buku dengan murid ialah 1:10.
Usaha KPM mendapatkan khidmat beberapa pustakawan Amerika menunjukkan keperihatinan terhadap pembangunan perpustakaan sekolah dan cadangan penambahbaikan tersebut dilaksanakan secara progresif.

Pada tahun 1967, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1967 telah diwartakan bagi mengurangkan beban tugas Guru Perpustakaan. Selain itu, kursus pra-perkhidmatan dan dalam perkhidmatan mula diperkenalkan. Pada tahun yang sama juga, Perpustakaan Sekolah telah diletakkan di bawah pengurusan Bahagian Buku Teks, KPM sehingga tahun 1973. Selepas itu, pengurusan perpustakaan sekolah diserahkan pula kepada Perkhidmatan Perpustakaan Sekolah, Pengurusan Sekolah, KPM.

Penubuhan Unit Perpustakaan Sekolah secara keseluruhannya telah membawa kesan yang mendalam terhadap pembangunan perpustakaan sekolah. Menyedari hakikat bahawa perpustakaan sekolah memainkan peranan penting dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan, beberapa tindakan telah diambil, antaranya:
Pada tahun 1974, geran per kapita (PG) perpustakaan sekolah mula diperkenalkan bagi tujuan pembinaan koleksi.
Sains Perpustakaan diintegrasi sebagai salah satu mata pelajaran dalam silibus di maktab perguruan.
Pada tahun 1979, kursus satu tahun untuk Guru Perpustakaan di perkenalkan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur.
Surat Pekeliling bagi memastikan terdapat ruang atau bilik disediakan bagi mewujudkan sebuah perpustakaan sekolah diedarkan.

Kursus Pengurusan Perpustakaan Sekolah 35 jam dan 45 jam diperkenalkan.
Jawatankuasa Pengelola Perpustakaan Sekolah Peringkat Kebangsaan dan tujuh (7) Jawatankuasa Pengelola Perpustakaan Sekolah Peringkat Negeri diwujudkan.

Perkembangan pesat perpustakaan sekolah dimantapkan lagi dengan penerbitan Rancangan Pembangunan Perpustakaan Sekolah di Malaysia (Blueprint For School Library In Malaysia) pada tahun 1979. Rancangan Pembangunan ini telah menggariskan beberapa asas kepada perolehan bahan bacaan, kemudahan fizikal, sumber manusia, pengurusan dan penggunaan.

Pada tahun 1980an, perubahan trend dalam bidang teknologi pendidikan telah meningkatkan penggunaan bahan alat pandang dengar dalam P&P. Bilik Alat Pandang Dengar telah diwujudkan bagi mengurus bahan-bahan tersebut. Seterusnya, pada 1 Mac 1983, KPM telah mengarahkan pertukaran nama Perpustakaan Sekolah kepada Pusat Sumber Sekolah (PSS) bagi mencerminkan penggabungan perkhidmatan perpustakaan dan alat pandang dengar di sekolah.

Arahan ini telah melahirkan Sektor Pengurusan Sumber Pendidikan di Bahagian Teknologi Pendidikan dan seterusnya pembangunan semua Pusat Sumber Sekolah terletak di bawah tanggung jawab Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM mulai 1988.

Selain itu, rangkaian pusat sumber pendidikan mula diwujudkan. Empat (4) Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) iaitu di Kedah, Pahang, Terengganu dan Kelantan telah dibina pada tahun 1981-1983, dan sebanyak 350 buah Pusat Kegiatan Guru (PKG) telah ditubuhkan pada penghujung tahun 1980an. Kini semua negeri telah menubuhkan PSPN - sekarang dikenali sebagai Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) dan bilangan PKG telah meningkat kepada 368 buah. Antara fungsi utama adalah untuk memantau pelaksanaan program PSS dan teknologi pendidikan di peringkat negeri dan zon/daerah.

Pada tahun 2000, KPM telah melancarkan Tahun PSS (Surat Pekeliling Bil. 10/2000 bertarikh 20 April 2000). Tujuan utama Surat Pekeliling ini adalah untuk menyedar dan menggalakkan semua sekolah agar mempertingkatkan usaha bagi menaik taraf PSS.  Ini adalah susulan daripada salah satu resolusi yang dibuat di Persidangan PSS Peringkat Kebangsaan pada tahun 1999. Pada tahun 2000 juga, program Khidmat Bantu PSS dan Anugerah PSS Cemerlang julung-julung kali diadakan.


Sumber:
Abd. Rehim b. Abd. Rehman. “Sejarah Pusat Sumber Sekolah di Semenanjung Malaysia 1800-1995.” Diss. University of Malaya, 1998. Print.

Fatimah Jusoh. “School libraries in Malaysia.” School libraries for a knowledge society, Proceedings of the 31st. IASL Annual Conference and 6th International Forum on research in school librarianship, 5-9 August, Petaling Jaya, Malaysia. Singh, D et al (Eds.). Web. 5 February 2010.

Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN), Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN): Masa Lalu, Masa Kini dan Masa Depan. Kuala Lumpur: Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Print.

Blueprint for school library development in Malaysia. Kuala Lumpur : Persatuan Perpustakaan Malaysia. 1979. Print.